Isnin, 13 Oktober 2014

MAKSUD PERBELANJAAN WANG SUWA.


Kutipan seperti sewa kantin, derma am, pendapatan daripada
kedai buku sekolah, caj yang dikenakan ke atas penggunaan
harta dan kemudahan sekolah, faedah bank dan pelbagai
merupakan kutipan yang tidak dikhaskan untuk sesuatu tujuan.
Wang yang diterima daripada punca ini boleh digunakan oleh
pihak sekolah untuk:

(i) Perbelanjaan menjalankan aktiviti-aktiviti murid;
(ii) Perbelanjaan membawa murid mendapatkan rawatankecemasan;
(iii) Perbelanjaan yang memberi manfaat secara langsung kepada murid.

Kegunaan Lain Wang SUWA
Perbelanjaan selain daripada perkara (a) dan (b) di
wajibkan mendapat kelulusan daripada Ketua PTJ sebelum sebarang perolehan dibuat.

Rujukan Buku Edisi Tahun 2012 (Buku Tatacara Perakaunan dan Pengurusan Wang Sekolah)

2 ulasan:

  1. Bolehkah sewa kantin digunakan untuk membeli hadiah sempena hari anugerah

    BalasPadam
  2. assalamualikum boleh ka wang Suwa dibelanjakan untuk pembelian bahan cetak

    BalasPadam