Khamis, 21 Februari 2013

21 Februari 2013 MUHYIDDIN MINTA SEKTOR AWAM TUNGGU 'BERITA BAIK' PM

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengulangi 1.4 juta kakitangan awam akan menerima berita baik tidak lama lagi, yang akan disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, tuntutan dan rundingan yang telah dibuat oleh Cuepacs dan perdana menteri menunggu masa sesuai untuk  diumumkan.

"Banyak perkara telah dituntut oleh Cuepacs dan saya rasa sudah beberapa kali Cuepacs berjumpa dengan perdana menteri, ada serahkan surat dan memorandum.

"Apa yang dituntut oleh penjawat awam melalui Cuepacs telah dibawa ke perdana menteri dan insya-ALLAH mungkin ada berita baik tidak lama lagi.

"Kita tunggu dan bersabar sajalah bila dan apa yang akan diumumkan oleh perdana menteri nanti," kata beliau di hadapan 3,000 peserta pada Majlis Perjumpaan Khas Cuepacs bersama beliau hari ini di sini.

Bulan lalu, Muhyiddin tidak menolak kemungkinan akan ada lagi beberapa berita gembira bakal diumumkan buat kira-kira 1.4 juta penjawat awam di negara ini apabila beberapa masalahmereka dapat diselesaikan tidak lama lagi.

Beliau berkata, kerajaan sememangnya mengambil berat soal kebajikan penjawat awam yang telah banyak membantu membangunkan negara.

"Saya faham telah banyak perkara yang telah dapat diselesaikan oleh kerajaan, namun masih ada beberapa perkara yang belum selesai.

"Tunggulah dan berdoalah agak panjang daripada biasa kerana mungkin ada berita baik akan diterima (oleh penjawat awam) tidak lama lagi," katanya.

Mengulas lanjut Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran dan Presiden Umno berkata, penjawat awam merupakan tunggak utama bagi melaksanakan dasar dan plan pembangunan.

Muhyiddin juga berkata, Cuepacs membantu kerajaan dan penjawat awam berinteraksi untuk mencari mekanisme yang lebih berkesan bagi menyelesaikan apa jua perkara.

"Kita akui penjawat awam adalah tunggak utama kepada kerajaan dalam pembangunan ekonomi negara dan sebagainya.

"Namun, saya ucapkan tahniah kepada Cuepacs yang menjadi orang perantaraan antara kerajaan dan penjawat awam untuk mencari cara yang berkesan dalam menangani isu-isu berkaitan," katanya lagi.

Majlis perjumpaan ini juga adalah julung kali diadakan bagi membingcang masalah dan kekeliruan yang dihadapi oleh penjawat awam.

Pada program ini peserta berinteraksi secara langsung dengan Muhyiddin bertanyakan soalan yang berkaitan sektor awam.

Sabtu, 16 Februari 2013

RALAT

Majlis sambutan Maulidur Rasul yang akan diadakan pada 21 Februari 2013 (Khamis) di Dewan SMKA Maahad Muar DIBATALKAN atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Tarikh sebenar akan dimaklumkan kemudian.

Harap maklum. Terima kasih.

Selasa, 12 Februari 2013

PERHATIAN

Semua Ahli KEPTAN dijemput HADIR ke Majlis Maulidur Rasul anjuran KEPTAN Cawangan Muar yang akan diadakan seperti berikut :

Tarikh   : 14 Mac 2013 (Khamis)
Waktu   : 10.00 pagi
Tempat : Dewan Besar SMKA Maahad Muar

Surat jemputan akan menyusul kemudian. Terima kasih.



ANGGARAN BELANJA MENGURUS (ABM) KEWANGAN 2014


TINDAKAN>>SEMUA GURU BESAR SEKOLAH RENDAH DAERAH MUAR DAN LEDANG
Anggaran belanja mengurus (ABM) bagi emolumen 10000 (OS11000, 12000, 13000, 14000 dan 15000) bagi tahun 2014.
Sila muat turun borang ABM emolumen 2014 dan lengkapkan untuk semua guru dan staf sekolah tuan. Borang yang telah lengkap hendaklah dihantar melalui email di alamat jamiahmohdsaid@gmail.com pada atau sebelum 14 FEBRUARI 2013. Sebarang pertanyaan sila hubungi Pn Jamiah bt Mohd Said 0129344790.
Attachement:
UNIT PENGURUSAN SEKOLAH - TINDAKAN SEGERA
Oleh: Unit Teknologi dan Maklumat PPD Muar

SENARAI NAMA UNTUK SEMAKAN PIHAK YANG BERKENAAN MENGENAI BERSARA WAJIB TAHUN 2013 HINGGA 2018, BERSARA ATAS SEBAB KESIHATAN 2013,BERSARA PILIHAN 2013 DAN MENINGGAL DUNIA 2013.

Perhatian kepada semua PPD/SMK/SK/SJKC dan SJKT seluruh Negeri Johor,

Merujuk kepada tajuk di atas, sila semak senarai nama yang telah dikeluarkan oleh Unit pencen,Jabatan Pelajaran Johor.Sekiranya ada sebarang kesilapan atau perubahan maklumat,sila hubungi Unit Pencen dengan segera di talian 07-2311405(Pn.Zulia Binti Jais) untuk tindakan pembetulan.


Sila KLIK DI SINI untuk menyemak senarai BERSARA WAJIB TAHUN 2013.

Sila KLIK DI SINI untuk menyemak senarai BERSARA WAJIB TAHUN 2014.
Sila KLIK DI SINI untuk menyemak senarai BERSARA WAJIB TAHUN 2015.
Sila KLIK DI SINI untuk menyemak senarai BERSARA WAJIB TAHUN 2016.
Sila KLIK DI SINI untuk menyemak senarai BERSARA WAJIB TAHUN 2017.
Sila KLIK DI SINI untuk menyemak senarai BERSARA WAJIB TAHUN 2018.
Sila KLIK DI SINI untuk menyemak senarai BERSARA ATAS SEBAB KESIHATAN BAGI TAHUN 2013.
Sila KLIK DI SINI untuk menyemak senarai BERSARA PILIHAN SENDIRI BAGI GURU TAHUN 2013.
Sila KLIK DI SINI untuk menyemak senarai BERSARA PILIHAN SENDIRI BAGI AGGOTA KAKITANGAN SOKONGAN TAHUN 2013.
Sila KLIK DI SINI untuk menyemak senarai MENINGGAL DUNIA TAHUN 2013.

Sekian,terima kasih.

GARIS PANDUAN PENGGUNAAN KEMUDAHAN CUTI REHAT DAN CUTI REHAT KHAS KELUAR NEGARA

UNTUK TINDAKAN PENGETUA/ GURU BESAR>>
Sila muaturun Garis Panduan Penggunaan Kemudahan Cuti Rehat (CR) dan Cuti Rehat Khas (CRK) Bagi Tujuan Ke Luar Negara Atas Urusan Persendirian seperti lampiran dan maklumkan kepada semua guru dalam kadar segera. Terima kasih.
Attachments:
FileDeskripsiUploaderFile size
Download this file (CRK pt01.pdf)CRK pt01.pdfUnit Teknologi & Maklumat PPD Muar5115 Kb
Download this file (CRK pt02.pdf)CRK pt02.pdfUnit Teknologi & Maklumat PPD Muar3613 Kb
Download this file (CRK pt03.pdf)CRK pt03.pdfUnit Teknologi & Maklumat PPD Muar4241 Kb

SILA DAPATKAN BUKU TATACARAN PENGURUSAN PERAKAUNAN KUMPULAN WANG SEKOLAH (EDISI 2012) DI PPD MUAR MULAI 4/2/2013 DI UNIT KEWANGAN.