Rabu, 24 September 2014

IBADAH QURBAN





Seorang pedagang haiwan qurban berkisah tentang pengalamannya:

Seorang ibu datang memperhatikan dagangan saya. Dilihat dari penampilannya sepertinya tidak akan mampu membeli. Namun tetap saya cuba hampiri dan menawarkan kepadanya, “Silakan bu…”, lantas ibu itu menunjuk salah satu kambing termurah sambil bertanya,”kalau yang itu berapa Pak?”.

“Yang itu 700 ribu (RM190) bu,” jawab saya. “Harga terrendahnya berapa?”, Tanya kembali si Ibuu. “600 (RM160), harga itu untung saya kecil, tapi tak apalah…… . “Tapi, uwng saya hanya 500 ribu (RM130), boleh pak?”, pintanya. Waduh, saya bingung, karena itu harga modalnya, akhirnya saya berbincang dengan teman sampai akhirnya diputuskan diberikan saja dengan harga itu kepada ibu tersebut.

Sayapun mengantar haiwan qurban tersebut sampai kerumahnya, begitu tiba dirumahnya, “Astaghfirullah……, Allahu Akbar…, terasa menggigil seluruh badan kerana melihat keadaan rumah ibu itu.

Rupanya ibu itu hanya tinggal bertiga, dengan ibunya dan seorang anak lelaki dirumah usang berlantai tanah tersebut. Saya tidak nampak pun tilam, kerusi di ruangtamu, apalagi perabot mewah atau barang-barang elektronik,. Yang terlihat hanya katil kayu beralaskan tikar dan bantal lusuh.

Diatas katil, tertidur seorang nenek tua kurus. “Mak…..bangun mak, ni.. lihat saya bawa apa?”, kata ibu itu pada nenek yang sedang tidur sampai akhirnya terbangun. “Mak, saya sudah belikan emak kambing buat qurban, nanti kita hantar ke Masjid ya mak….”, kata ibu itu dengan penuh kegembiraan.

Si nenek sangat terkejut meski nampak bahagia, sambil membelai kambing, nenek itu berucap, “Alhamdulillah, akhirnya kesampaian juga kalau emak mau berqurban”.

“Ni Pak, wangnya, maaf ya kalau saya menawar harga kambing ini terlalu murah, kerana saya hanya tukang cuci di kampung sini, saya berusaha mengumpulkan wang untuk beli kambing yang akan diniatkan buat qurban atas nama ibu saya….”, kata ibu itu.

Kaki ini bergetar, dada terasa sesak, sambil menahan titis air mata, saya berdoa, “Ya Allah…, Ampuni dosa hamba, hamba malu berhadapan dengan hamba-Mu yang pasti lebih mulia ini, seorang yang miskin harta namun kekayaan imannya begitu luar biasa”.

“Pak, ini sedikit wang upah menghantar kamibng itu…”, panggil ibu itu,” sudah bu, biar tambang kendaraanya saya yang bayar’, kata saya.

Saya cepat pergi sebelum ibu itu tahu kalau mata ini sudah basah kerana tak sanggup mendapat teguran dari Allah yang sudah mempertemukan dengan hambaNya yang dengan kesabaran, ketabahan dan penuh keimanan ingin memuliakan orang tuanya…….

Untuk mulia ternyata tidak perlu harta berlimpah, jawatan tinggi apalagi kekuasaan, kita dapat belajar keikhlasan dari ibu itu untuk menggapai kemuliaan hidup. Berapa banyak diantara kita yang diberi kecukupan penghasilan, namun masih saja ada kengganan untuk berkurban, padahal boleh jadi harga handfon, tablet, jam tangan, tas, ataupun aksesoris yang menempel di tubuh kita harganya jauh lebih mahal dibandingkan seekor haiwan qurban. Tak kira lagi perabot rumah dan kereta. Namun selalu kita sembunyi dibalik kata tidak mampu atau tidak dianggarkan. -Aidil Heryana





Sabtu, 20 September 2014

URUSAN PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN KEPADA ANGGOTA KAKITANGAN PELAKSANA (AKP) YANG TERLIBAT DENGAN OPSYEN PERTUKARAN PELANTIKAN MENGIKUT PEKELILING BIL. 9 HINGGA 35 TAHUN 2013.

Semua Pegawai Pendidikan Daerah
Semua Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-sekolah Negeri Johor.
Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya adalah saya diarah merujuk kepada surat edaran JPNJ.PKHD(26)/100-3/1/1Jld.2(10)
 Bertarikh 10.09.2014.
Dimaklumkan bahawa jabatan ini telah selesai melaksanakan urusan Opsyen Pertukaran Pelantikan mengikut
 Pekeliling Bil.9 hingga 35 Tahun 2013.
Sehubungan itu, pegawai-pegawai yang dikenalpasti perlu disahkan dalam perkhidmatan di jawatan yang baru
 dengan kadar segera. Segala dokumen yang berkaitan perlu dihantar ke Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran 
(SPP) melalui JPN, PPD atau sekolah PTJ masing-masing.
Sekian terima kasih.

LAMPIRAN
SURAT EDARAN JABATAN:JPNJ.PKHD(26)/100-3/1/1Jld.2(10) Bertarikh : 10.09.2014 (Surat)

Rabu, 17 September 2014

LAWATAN KE LANGKAWI PADA NOVEMBER 2014

Kepada ahli-ahli kapten daerah Muar/Ledang sesiapa yang hendak ke Langkawi mengikuti rombongan Lawatan Penanda Aras pada bulan November 2014 ini sila hubungi En. Md. Sukor bin Othman T/Pengerusi KEPTAN Muar/ Ledang Tel. No. 017-6190373 untuk keterangan lanjut.

Ahad, 7 September 2014

TAKRIF PEMBELIAN TERUS

1. Apakah had nilai pembelian terus dan syarat-syaratnya?
  Had nilai pembelian terus adalah sehingga RM50,000 bagi setiap jenis item bekalan atau perkhidmatan. Pembelian terus boleh dibuat daripada mana-mana pembekal yang berdaftar atau tidak berdaftar dengan Kementerian Kewangan sama ada bertaraf Bumiputera atau bukan Bumiputera.
   
2. Bolehkah pembelian terus sehingga RM50,000 dilaksanakan untuk semua jenis perolehan bekalan dan perkhidmatan?
  Pembelian terus sehingga RM50,000 boleh dilaksanakan bagi kebanyakan perolehan bekalan dan perkhidmatan. Walau bagaimanapun, jika terdapat Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP) atau Pekeliling Kontrak Perbendaharaan (PKP) atau Arahan Perbendaharaan tertentu yang menetapkan kaedah perolehan yang perlu dilaksanakan oleh Agensi atau pembelian dibuat melalui panel pembekal/pembekal tertentu, maka SPP/PKP/Arahan Perbendaharaan berkenaan hendaklah dipatuhi. Contohnya seperti perkhidmatan percetakan, pembekalan dan penyerahan buku-buku cetakan dan terbitan luar negara, tempahan tiket kapal terbang, pengangkutan barangan import dan sebagainya.
   
 3. Bagaimanakah untuk menentukan harga yang dikenakan bagi perolehan secara pembelian terus adalah harga yang berpatutan?
  Adalah menjadi kewajipan setiap pegawai yang menguruskan perolehan membuat kajian pasaran bagi memastikan harga bekalan atau perkhidmatan yang hendak diperolehi adalah berpatutan dan menguntungkan Kerajaan. Pegawai hendaklah menentukan tawaran harga bekalan atau perkhidmatan yang hendak diperolehi adalah berpatutan setelah mengambil kira kualiti, harga, kegunaan barang itu dan faktor-faktor lain yang berkaitan termasuk kos penghantaran, tempoh waranti, khidmat selepas jualan dan sebagainya. Sehubungan itu, kajian pasaran hendaklah dibuat terlebih dahulu bagi mendapatkan sebut harga secara tidak rasmi daripada beberapa pembekal/syarikat sebelum perolehan dilaksanakan. Walau bagaimanapun, sebut harga tidak rasmi tersebut tidak perlu dibuka, dijadualkan atau dipilih oleh Jawatankuasa Sebut Harga
   
 4. Bolehkah pembelian terus dibuat daripada pembekal yang sama?
  Selaras dengan prinsip-prinsip perolehan Kerajaan, perolehan secara pembelian terus hendaklah tidak tertumpu kepada pembekal yang sama/tertentu dan semua pembekal hendaklah diberi peluang yang sama.
   
 5. Apakah maksud setiap jenis item?   
  Setiap jenis item merujuk kepada pembelian terus bekalan/perkhidmatan sehingga RM50,000 setahun dari mana-mana pembekal tidak kira sama ada pembekal berdaftar atau tidak berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan sama ada pembekal bertaraf Bumiputera atau tidak. Maksud setiap jenis item boleh ditafsirkan berdasarkan kepada contoh-contoh berikut:-
  (a)  Pelbagai alat ganti yang boleh diperoleh daripada punca bekalan yang sama adalah satu jenis item.
  (b)  Item pelbagai saiz hendaklah ditafsirkan sebagai satu jenis item. Contoh pembelian pelbagai saiz paku (1 inci atau 1 ½ inci), cermin, kasut dan bendera.
  (c)  Set sofa yang merangkumi pelbagai jenis kerusi (sama ada kerusi 1 tempat duduk atau 3 tempat duduk) bersama meja, ditafsirkan kepada satu jenis item. Jika pembelian perabot terdiri daripada kerusi banquet dan set sofa, maka kerusi banquet dan set sofa boleh dianggap item yang berbeza.  Walau bagaimanapun, jika kedua-duanya boleh dibeli daripada pembekal yang sama, ianya boleh ditafsirkan sebagai satu jenis item (perabot).
  (d)  Pembelian pelbagai toner ditafsirkan sebagai satu jenis item kerana boleh diperoleh daripada pembekal (satu punca) yang sama.
  (e)  Pembelian alatulis (pen, pensel, pembaris, gunting, stapler, pemadam, gam dan sebagainya) ditafsirkan sebagai satu jenis item.
  (f)  Pelbagai saiz kertas (A4, A3) dan kertas pelbagai warna adalah ditafsirkan sebagai satu jenis item.
  (g)  Komputer, printer, monitor, key board dan CPU adalah satu jenis item.
  (h)  Pelbagai ubat adalah satu jenis item.
  (i) Bahan-bahan binaan seperti simen, kayu, papan, siling, paku adalah ditafsirkan sebagai satu jenis item.
  (j) Pelbagai barangan elektrik seperti cerek, kipas angin, televisyen, radio, seterika, pengisar, peti sejuk adalah ditafsirkan sebagai satu jenis item kerana boleh diperoleh daripada pembekal (kedai elektrik) yang sama.
  (k) Pembelian pelbagai jenis sayuran dan pelbagai jenis ikan juga adalah ditafsirkan sebagai satu jenis item kerana boleh diperoleh daripada satu pembekal (pasar) yang sama.

GARIS PANDUAN PERBELANJAAN SECARA BERHEMAT BAGI MENGAWAL PERBELANJAAN AWAM 11 LANGKAH PENJIMATAN (PB. 3. 2/2013)

Klik di sini

Sabtu, 6 September 2014

BAYARAN INSENTIF PROFISIENSI BAHASA INGGERIS ( IProBI )

BAYARAN INSENTIF PROFISIENSI BAHASA INGGERIS ( IProBI ) 
KEPADA PPP YANG MENGAJAR BAHASA INGGERIS DI 
SEKOLAH-SEKOLAH MENGIKUT PEK. PERKHIDMATAN 
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BILANGAN 3 TAHUN 2014

�Tuan / Puan
Bersama-sama ini dilampirkan Borang Permohonan Bayaran
 Insentif Profisiensi
Bahasa Inggeris ( IProBI) untuk tindakan tuan / puan selanjutnya.
Sekian, dimaklumkan. Terima kasih.

LAMPIRAN
Borang Permohonan Bayaran Insentif Profisiensi Bahasa Inggeris ( IProBI ). (Borang)