Sabtu, 11 Februari 2017

MAKLUMAN BANTUAN PCG TAHUN 2017

Pengetua / Guru Besar
SMK / SK / SJKC / SJKT
Daerah Hilir Perak
Tuan,
MAKLUMAN BANTUAN PCG TAHUN 2017
 Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk tindakan tuan.
 2.         Surat makluman bantuan PCG tahun 2017 telah diemel ke emel sekolah masing-masing. Pihak tuan dipohon untuk mengambil tindakan seperti perkara berikut :-
                  2.1       Semak bilangan murid pada makluman PCG adalah seperti retan murid pada 01.10.2016 (seperti di borang TBPM / TBPR 2017 yang telah dihantar ke Unit Akaun Sekolah 
                       JPN.
2.2       Semak semua bantuan PCG Rendah / Menengah – PCG mata pelajaran dan bukan mata pelajaran, pastikan semua peruntukan diterima (seperti di borang TBPM / TBPR 2017 yang telah dihantar ke Unit Akaun Sekolah JPN)
2.3       Semak semua lain-lain bantuan, pastikan semua peruntukan diterima (seperti di borang TBPM / TBPR 2017 yang telah dihantar ke Unit Akaun Sekolah JPN)
2.4       Jika maklumat di MAKLUMAN TUNTUTAN AWAL BANTUAN PERSEKOLAH BAGI TAHUN 2017 tidak tepat seperti di borang TBPM / TBPR 2017 yang telah dihantar, mohon pihak sekolah emel ke Pn Akma – Unit Akaun Sekolah JPN – akmarperdauz@gmail.com sebelum atau pada 10 Februari 2017.
3.         Peratusan peruntukan yang diterima bagi tahun 2017 adalah seperti berikut : -

100%
85%
-          PCG Pra Sekolah
-          Bantuan Per Kapita Mata Pelajaran dan Bukan Mata Pelajaran (PCG)
-          Bantuan Makanan Prasekolah (BMP)
-          Bantuan Bayaran Tambahan Persekolah (BBTP)
-          Bantuan Kokurikulum Prasekolah (BKKP)
-          Bantuan Makanan Asrama (BMA)
-          Yuran Khas Sekolah (YKS)

-          Bantuan Kokurikulum (BKK)

-          Bantuan Sukan Sekolah (BSS)

-          Bantuan Kokurikulum Asrama (BKKA)