Sabtu, 25 Mac 2017

UMUR LAYAK DIBERI PENCEN BAGI ANGGOTA YANG BERSARA PILIHAN

Di bawah seksyen 12, Akta Pencen 1980, pegawai yang dilantik pada atau selepas 12 April 1991 yang bersara pilihan ("retire optionally") akan hanya diberi pencen pada tarikh mencapai umur persaraan wajib yang terpakai baginya, iaitu sama ada pada umur 55 tahun, 56 tahun atau 58 tahun, mengikut terma dan syarat pelantikan atau opsyennya.  Walau bagaimanapun,  ganjaran  dan wang tunai sebagai gantian cuti rehat akan diberi ketika beliau bersara pilihan. Sebagai penjelasan,  12 April 1991 ialah tarikh berkuat kuasanya pindaan Akta Pencen 1980 yang memperuntukkan pemberian pencen kepada pesara pilihan pada tarikh mencapai umur persaraan wajib.
Sekiranya seseorang pegawai itu pernah dilantik sebelum pelantikan terkini, dan beliau telah meletakkan jawatan ("resign") daripada pelantikan asal itu, tarikh pelantikan " pada atau selepas 12 April 1991" yang dimaksudkan ialah tarikh pelantikan kedua.  Ini adalah kerana beliau dilantik semula atas terma dan syarat yang berkuat kuasa sehubungan pelantikan keduanya, yang mengatasi terma dan syarat berkaitan pelantikan asal itu.

Sekiranya tidak berlaku peletakkan jawatan antara dua pelantikan itu, tarikh pelantikan " pada atau selepas 12 April 1991" yang dimaksudkan ialah tarikh pelantikan pertamanya.
YEOW CHIN KIONG
Pengarah Bahagian Pencen
Jabatan Perhidmatan Awam
Malaysia 

Persaraan Wajib Persaraan Paksa Di Bawah Seksyen 10 (1) Akta 227/239

Klik di sini

Sabtu, 11 Mac 2017

KURSUS KEPIMPINAN KEPTAN -10-11 MAC 2017 DI BLUE WAVE, SHSH ALAM, SELANGOR

 PENGERUSI KLUANG MERANGKAP PEMBACA DOA MAJLIS...
 SELAMAT HARI LAHIR EN. AZHAR (PENGERUSI BP) SEMOGA SELAMAT DUNIA DAN AKHIRAT..





 PENGERUSI PONTIAN DAN SETIAUSAHA




TAHNIAH PENGERUSI DAN SETIAUSAHA JDT
BANYAK ILMU YANG DITERIMA
TERIMAKASIH KEPADA KEPTAN PUSAT
EN. ADNAN SERTA TUAN RUMAH KEPTAN GOMBAK...

Sabtu, 11 Februari 2017

MAKLUMAN BANTUAN PCG TAHUN 2017

Pengetua / Guru Besar
SMK / SK / SJKC / SJKT
Daerah Hilir Perak
Tuan,
MAKLUMAN BANTUAN PCG TAHUN 2017
 Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk tindakan tuan.
 2.         Surat makluman bantuan PCG tahun 2017 telah diemel ke emel sekolah masing-masing. Pihak tuan dipohon untuk mengambil tindakan seperti perkara berikut :-
                  2.1       Semak bilangan murid pada makluman PCG adalah seperti retan murid pada 01.10.2016 (seperti di borang TBPM / TBPR 2017 yang telah dihantar ke Unit Akaun Sekolah 
                       JPN.
2.2       Semak semua bantuan PCG Rendah / Menengah – PCG mata pelajaran dan bukan mata pelajaran, pastikan semua peruntukan diterima (seperti di borang TBPM / TBPR 2017 yang telah dihantar ke Unit Akaun Sekolah JPN)
2.3       Semak semua lain-lain bantuan, pastikan semua peruntukan diterima (seperti di borang TBPM / TBPR 2017 yang telah dihantar ke Unit Akaun Sekolah JPN)
2.4       Jika maklumat di MAKLUMAN TUNTUTAN AWAL BANTUAN PERSEKOLAH BAGI TAHUN 2017 tidak tepat seperti di borang TBPM / TBPR 2017 yang telah dihantar, mohon pihak sekolah emel ke Pn Akma – Unit Akaun Sekolah JPN – akmarperdauz@gmail.com sebelum atau pada 10 Februari 2017.
3.         Peratusan peruntukan yang diterima bagi tahun 2017 adalah seperti berikut : -

100%
85%
-          PCG Pra Sekolah
-          Bantuan Per Kapita Mata Pelajaran dan Bukan Mata Pelajaran (PCG)
-          Bantuan Makanan Prasekolah (BMP)
-          Bantuan Bayaran Tambahan Persekolah (BBTP)
-          Bantuan Kokurikulum Prasekolah (BKKP)
-          Bantuan Makanan Asrama (BMA)
-          Yuran Khas Sekolah (YKS)

-          Bantuan Kokurikulum (BKK)

-          Bantuan Sukan Sekolah (BSS)

-          Bantuan Kokurikulum Asrama (BKKA)

Selasa, 31 Januari 2017

KURSUS EKSA ANJURAN KEPTAN BERSAMA PPD MUAR

 Masa: 7.30 pagi
Tarikh: 02 Febuari 2017
Tempat: Di Dewan PPD Muar
Perasmian Penutup kursus: Yg. Bhg. Dato' Hj. Hassan bin Johari



BAKAL PESARA 2017











Rabu, 25 Januari 2017

MESYUARAT KEPTAN NEGERI JOHOR BERSAMA JPN JOHOR. PADA 24/01/2017

Isu-isu yang dibangkitkan.
1. PT Jumud hendaklah dikekalkan di sekolah asal sehingga diberi penempatan hakiki di daerah masing-masing.
2. Peluasan Waran perjawatan.
3. Pertukaran PT/KPT....PPD Daerah  perlulah dirunding bersama wakil keptan cawangan.
4. Beban tugas perlulah seimbang dengan waran perjawatan yang ada.

TERIMA KASIH KEPADA PRESIDEN KEPTAN EN. ADNAN KERANA HADIR DALAM MESYUARAT TERSEBUT...MEMANG TERBAIK....T..KASIH JUGA PADA TUAN RUMAH HJ. MOKHTAR DAN THE GROUP....MEMANG KITA ORANG RESPECT....TERIMA KASIH JUGA KEPADA WAKIL JPNJ...JASAMU AKAN KAMI KENANG.....