Malam Lailatul kadar adalam malam yang dicari orang yang beriman. Kita telah
berada hari ketujuh akhir ramadhan dan semua umat islam tahu 10
akhir ramadhan ada 1 malam yang diberi nama lailatul kadar ada malam seribu
bulan . Lailatui kadar bersamaan dengan 1000 bulan besarnya ganjaran tuhan
kepada hamba-Nya yang hanya umat Nabi Muhammad sahaja memilikinya.
Di saat umat islam lain mencari malam tersebut tapi dimana
kita, apa yang kita lakukan adakah kita juga mencari malam tersebut. Adakah kita
penuhkan malam – malam 10 akhir ramadhan dengan beramal dan beribadat agar kita perolehi malam
tersebut atau kita hanya membiarkan malam itu berlalu tanpa berusaha
mendapatkannya.
Di waktu orang lain sujud setiap malam kepada tuhanya, dimana kita
ketika itu adakah masih dibuai mimpi yang tidak akan sempurna. Di saat orang
lain bertasbih dan berzikir mungkin kita pula berdengkur sehingga memecahkan
kesunyian malam.
Amat rugi kiranya jika kita membiarkan malam itu berlalu tanpa
berusaha untuk mendapatkanya. Tidak bolehkah waktu tidur kita untuk 10
malam yang terakhir ini dikurangkan beberapa jam untuk kita mengenal
Tuhan
pencipta. Ia adalah untuk diri sendiri bukan untuk orang lain agar apa
yag kita
lakukan akan memudahkan ketika mengadap tuhan kelak.
Bayangkan jika ada 1 syarikat pelaburan dibuka ditempat anda dan mereka menawarkan
saham kepada anda. Untuk 1 unit saham berharga RM1.00 dan apabila diniagakan
mereka akan memberi jaminan pulangan untuk 1 unit saham yang akan bernilai RM1000000.00 adakah kita akan
membiarkan saham itu terlepas bergitu saja? Jawapanya adalah tidak, bukankah
bergitu?
Sama jugalah dengan apa yang ditawarkan oleh Allah s.w.t
kepada kita untuk malam lailatul kadar bahkan ganjarannya lebih hebat daripada
syarikat pelaburan itu tapi kenapa masih ada antara kita melepaskan peluang
lailatul kadar itu?. Mungkin kita tidak nampak ganjaran yang dijanjikan oleh tuhan
di depan mata dan menjadikan kita tidak mahu berusaha untuk mendapatkan ia.
Jika kita memohon sesuatu kepada tuhan dan jatuh pada
malam lailatul kadar. Apa yang kita pohonkan akan secara terus kepada Allah dan
kalau kita ikhlas serta bersungguh dalam pohonan itu, ia akan mudah untuk
dimakburkan. Percayalah lailatul kadar dapat mengubah sesuatu nasib seseorang. Apa
yang penting kita yang perlu berusaha untuk mengubah nasib kita.
Besarnya malam lailatul kadar yang diberikan kepada manusia
tapi ada antara kita yang tidak mahu mengambil kesempatan itu. Kenapa kita
terlalu sombong dengan tuhan sedangkan tuhan telah berikan semua kepada
hambanya untuk digunakan oleh kita.
Malam lailatukadar telah dibuka seluas –luasnya pintu taubat dan
kita perlu menggunakan semaksimum mungkin untuk memohon ampun segala dosa – dosa yang
selama ini kita lakukan mahupun dosa yang akan datang.
Gunakan masa yang masih ada ini dengan kita melakukan ibadat
yang seikhlasnya dan pohonlah kepada Allah s.w.t untuk kebaikan kita sama ada
di dunia atau akhirat. Anggaplah dalam kita mencari malam lailatul kadar kali
ini adalah kesempatan yang terakhir Allah q.w.t bagi kepada kita dan mungkin tahun depan bukan
milik kita lagi. Bersama – sama kita mencarinya dan menemuinya.