| 1. |
Apakah had nilai pembelian terus dan syarat-syaratnya? |
| |
Had nilai pembelian terus
adalah sehingga RM50,000 bagi setiap jenis item bekalan atau
perkhidmatan. Pembelian terus boleh dibuat daripada mana-mana pembekal
yang berdaftar atau tidak berdaftar dengan Kementerian Kewangan sama ada
bertaraf Bumiputera atau bukan Bumiputera. |
| |
|
| 2. |
Bolehkah pembelian terus sehingga RM50,000 dilaksanakan untuk semua jenis perolehan bekalan dan perkhidmatan? |
| |
Pembelian terus sehingga
RM50,000 boleh dilaksanakan bagi kebanyakan perolehan bekalan dan
perkhidmatan. Walau bagaimanapun, jika terdapat Surat Pekeliling
Perbendaharaan (SPP) atau Pekeliling Kontrak Perbendaharaan (PKP) atau
Arahan Perbendaharaan tertentu yang menetapkan kaedah perolehan yang
perlu dilaksanakan oleh Agensi atau pembelian dibuat melalui panel
pembekal/pembekal tertentu, maka SPP/PKP/Arahan Perbendaharaan berkenaan
hendaklah dipatuhi. Contohnya seperti perkhidmatan percetakan,
pembekalan dan penyerahan buku-buku cetakan dan terbitan luar negara,
tempahan tiket kapal terbang, pengangkutan barangan import dan
sebagainya. |
| |
|
| 3. |
Bagaimanakah untuk menentukan harga yang dikenakan bagi perolehan secara pembelian terus adalah harga yang berpatutan? |
| |
Adalah menjadi kewajipan
setiap pegawai yang menguruskan perolehan membuat kajian pasaran bagi
memastikan harga bekalan atau perkhidmatan yang hendak diperolehi adalah
berpatutan dan menguntungkan Kerajaan. Pegawai hendaklah menentukan
tawaran harga bekalan atau perkhidmatan yang hendak diperolehi adalah
berpatutan setelah mengambil kira kualiti, harga, kegunaan barang itu
dan faktor-faktor lain yang berkaitan termasuk kos penghantaran, tempoh
waranti, khidmat selepas jualan dan sebagainya. Sehubungan itu, kajian
pasaran hendaklah dibuat terlebih dahulu bagi mendapatkan sebut harga
secara tidak rasmi daripada beberapa pembekal/syarikat sebelum perolehan
dilaksanakan. Walau bagaimanapun, sebut harga tidak rasmi tersebut
tidak perlu dibuka, dijadualkan atau dipilih oleh Jawatankuasa Sebut
Harga |
| |
|
| 4. |
Bolehkah pembelian terus dibuat daripada pembekal yang sama? |
| |
Selaras dengan prinsip-prinsip perolehan Kerajaan, perolehan secara pembelian terus hendaklah tidak tertumpu kepada pembekal yang sama/tertentu dan semua pembekal hendaklah diberi peluang yang sama. |
| |
|
| 5. |
Apakah maksud setiap jenis item? |
| |
Setiap jenis item merujuk
kepada pembelian terus bekalan/perkhidmatan sehingga RM50,000 setahun
dari mana-mana pembekal tidak kira sama ada pembekal berdaftar atau
tidak berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan sama ada pembekal
bertaraf Bumiputera atau tidak. Maksud setiap jenis item boleh
ditafsirkan berdasarkan kepada contoh-contoh berikut:- |
| |
(a) |
Pelbagai alat ganti yang boleh diperoleh daripada punca bekalan yang sama adalah satu jenis item. |
| |
(b) |
Item pelbagai saiz hendaklah
ditafsirkan sebagai satu jenis item. Contoh pembelian pelbagai saiz paku
(1 inci atau 1 ½ inci), cermin, kasut dan bendera. |
| |
(c) |
Set sofa yang merangkumi pelbagai jenis
kerusi (sama ada kerusi 1 tempat duduk atau 3 tempat duduk) bersama
meja, ditafsirkan kepada satu jenis item. Jika pembelian perabot terdiri
daripada kerusi banquet dan set sofa, maka kerusi banquet dan set sofa
boleh dianggap item yang berbeza. Walau bagaimanapun, jika kedua-duanya
boleh dibeli daripada pembekal yang sama, ianya boleh ditafsirkan
sebagai satu jenis item (perabot). |
| |
(d) |
Pembelian pelbagai toner ditafsirkan sebagai satu jenis item kerana boleh diperoleh daripada pembekal (satu punca) yang sama. |
| |
(e) |
Pembelian alatulis (pen, pensel, pembaris, gunting, stapler, pemadam, gam dan sebagainya) ditafsirkan sebagai satu jenis item. |
| |
(f) |
Pelbagai saiz kertas (A4, A3) dan kertas pelbagai warna adalah ditafsirkan sebagai satu jenis item. |
| |
(g) |
Komputer, printer, monitor, key board dan CPU adalah satu jenis item. |
| |
(h) |
Pelbagai ubat adalah satu jenis item. |
| |
(i) |
Bahan-bahan binaan seperti simen, kayu, papan, siling, paku adalah ditafsirkan sebagai satu jenis item. |
| |
(j) |
Pelbagai barangan elektrik seperti
cerek, kipas angin, televisyen, radio, seterika, pengisar, peti sejuk
adalah ditafsirkan sebagai satu jenis item kerana boleh diperoleh
daripada pembekal (kedai elektrik) yang sama. |
| |
(k) |
Pembelian pelbagai jenis sayuran dan
pelbagai jenis ikan juga adalah ditafsirkan sebagai satu jenis item
kerana boleh diperoleh daripada satu pembekal (pasar) yang sama. |