Klik di sini
Selamat Mencuba.....
Sabtu, 19 Mei 2018
PINDAAN PEK. 1PP ASET ALIH KERAJAAN 2018
Klik di sini
Pindaan ini melibatkan KEW PA 2 lama kepada PA 3 dan KEW PA 3 kepada PA 4
dan lain-lain juga ada perubahan seperti PA 17 (Pelupusan)lama kepada PA 21
Pindaan ini melibatkan KEW PA 2 lama kepada PA 3 dan KEW PA 3 kepada PA 4
dan lain-lain juga ada perubahan seperti PA 17 (Pelupusan)lama kepada PA 21
LAWATAN KERJA KE ARKIB NEGARA DAN KE PEJABAT KEPTAN 2018 BERSAMA AHLI KEPTAN MUAR
UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA PEGAWAI DARI ARKIB NEGARA
Sabtu, 25 Mac 2017
UMUR LAYAK DIBERI PENCEN BAGI ANGGOTA YANG BERSARA PILIHAN
Di bawah seksyen 12, Akta Pencen 1980, pegawai yang dilantik pada atau selepas 12 April 1991 yang bersara pilihan ("retire optionally") akan hanya diberi pencen pada tarikh mencapai umur persaraan wajib yang terpakai baginya,
iaitu sama ada pada umur 55 tahun, 56 tahun atau 58 tahun, mengikut
terma dan syarat pelantikan atau opsyennya. Walau bagaimanapun, ganjaran dan wang tunai sebagai gantian cuti rehat akan diberi ketika beliau bersara pilihan.
Sebagai penjelasan, 12 April 1991 ialah tarikh berkuat kuasanya
pindaan Akta Pencen 1980 yang memperuntukkan pemberian pencen kepada
pesara pilihan pada tarikh mencapai umur persaraan wajib.
Sekiranya seseorang pegawai itu pernah dilantik sebelum pelantikan terkini, dan beliau telah meletakkan jawatan ("resign") daripada pelantikan asal itu, tarikh pelantikan " pada atau selepas 12 April 1991" yang dimaksudkan ialah tarikh pelantikan kedua. Ini adalah kerana beliau dilantik semula atas terma dan syarat yang berkuat kuasa sehubungan pelantikan keduanya, yang mengatasi terma dan syarat berkaitan pelantikan asal itu.
Sekiranya tidak berlaku peletakkan jawatan antara dua pelantikan itu, tarikh pelantikan " pada atau selepas 12 April 1991" yang dimaksudkan ialah tarikh pelantikan pertamanya.
YEOW CHIN KIONG
Pengarah Bahagian Pencen
Jabatan Perhidmatan Awam
Malaysia

Langgan:
Catatan (Atom)