Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain.
Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:
1. Amalan kenduri aruah
beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu
kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah
terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah
telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati
untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut
telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja
untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir
makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak
yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang
belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam???
2. Kalau hadir ke
kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah
wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam
tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia
menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya
kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke
kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk
diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.
3. Ketika menghadiri
majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi
bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang
saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang
terbalik.
4. Kalau menjadi tetamu
di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai
habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang
dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan
rumah rasa gembira dan tidak membazir.
5. Kalau bersolat sunat
di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan
sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang
dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.
6. Bulan puasa adalah
bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi
kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah
orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang
tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan
puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?
7. Kalau nak mengerjakan
haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah
dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri
dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat
kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah
amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.
8. Semua ibubapa amat
bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke
kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh
baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen
baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup
dibayar sebulan $20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru
Quran nak bayar $15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar
tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang
jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus
periksa.
9. Kalau bekerja
mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi
kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan
kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun
tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki
Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.
10. Seorang isteri kalau
nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi
berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang
dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk
orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga
kurang bahagia.
Cukup dengan
contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat
sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kita
menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah
mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang
menentukan peraturan hidup kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan