Info
Kesihatan.. Bahaya Magnet Hiasan Di Peti Sejuk Satu kajian dari
Universiti Princeton telah membuat penemuan menakutkan akibat kesan
magnet cantik berwarna-warni yang dilekatkan ke pintu peti ais sejuk.
Makanan seperti ayam, daging, ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan yang
disimpan di situ dicemari oleh pancaran sinaran elektromagnet. Orang
yang memakannya mungkin mengidap kanser.
Kanser
sel terjadi apabila satu sel yang aktif mula merebak secara senyap tanpa
disedari. Bagaikan bom jangka, ia hanya disedari setelah tiba ke
peringkat 4 bilamana pesakit mula merasakan perubahan pada dirinya
seperti demam berpanjangan, loya, tidak bermaya serta kurang selera
makan. Pada peringkat ini sudah agak lewat untuk menerima rawatan. Yang
ada hanya rawatan kemoterapi yang menyakitkan sehingga rambut pesakit
habis gugur. Kadang-kadang rawatan kemoterapi ini pun belum tentu dapat
menyembuhkan. Yang paling menyakitkan ialah apabila air tulang sumsum
diambil. Pesakit kanser yang sering membuat rawatan kemoterapi akan
sampai ke satu tahap bila dia berputus asa dan tidak sanggup menjalani
sebarang rawatan lagi. Kita harus sering membuat pemeriksaan awal bagi
mengesan sel kanser di klinik swasta atau Fomema. Pemeriksaan
keseluruhan kesihatan dibuat menerusi ujian darah. Sel kanser yang baru
mula aktif, insyaAllah dapat dikesan.
Pada
peringkat awal ini, rawatan dapat menghapuskan sel yang aktif ini.
Jangan fikir penyakit ini sudah ditakdirkan oleh Allah SWT. Sebenarnya
kita disuruh berusaha menjaga kesihatan yang merupakan satu ibadah. Jika
umat Islam sihat, agama Islam turut kuat. Jika umat Islam lemah, musuh
Islam akan menang. Kajian oleh Penyelidik Universiti Princeton Selama
beberapa bulan, mereka memberi makan kepada dua kumpulan tikus. Kumpulan
pertama diberikan makanan yang disimpan dalam peti sejuk tanpa magnet.
Kumpulan kedua makan makanan yang disimpan di dalam peti sejuk yang
dihiasi beberapa magnet yang dilekatkan ke pintu peti sejuk itu.
Tujuan
kajian ini adalah untuk melihat bagaimana pancaran sinaran elektromagnet
yang keluar dari magnet hiasan di pintu itu boleh mempengaruhi sumber
makanan. Hasil kajian klinikal menunjukkan kumpulan tikus yang makan
makanan dicemari sinaran electromagnet mempunyai kebarangkalian sebanyak
87% mengidap kanser berbanding kumpulan tikus yang lain. Kerajaan,
persatuan dan institusi kesihatan tidak boleh memberi kenyataan
berkaitan dengan hal ini kerana masih berada dalam peringkat kajian
lagi. Namun hanya dalam kes ini adalah dinasihatkan supaya ditanggalkan
magnet hiasan itu dari peti sejuk anda anda dan meletakkannya jauh dari
makanan. Mencegah lebih baik dari merawat.
Aqidah
tentang kuasa magnet. Dalam hukum tauhid, semua kebaikan dan keburukan
datang dari Allah SWT. Hanya kelemahan datang dari diri kita. Magnet
adalah zat yang bersifat nafsiah. Kuasa pancaran bersifat ma’niyah.
Bukan kuasa magnet yang boleh menyebabkan kanser. Semua yang berlaku
adalah di atas kehendak Allah SWT jua.
Info lanjut http://www.hoax-slayer.com/