Rabu, 29 Oktober 2014

KADAR KELAYAKAN MAKAN DAN PENGINAPAN PELAJAR

Sila klik di sini
Allah Taala berfirman,

"Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan

 orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada 
waktu pagi dan petang,  yang mengharapkan keredhaan Allah semata-mata
 dan  janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada
 mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup 
di dunia dan janganlah engkau
 mematuhi orang yang kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati 
dan mematuhi pengajaran Kami di dalam al-Quran,  serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah lakunya pula  adalah melampaui kebenaran."


-Surah Al-Kahfi ayat ke-28 -

Teruskanlah berbuat baik,
Berkata baik,
Memberi  nasihat yang baik...
Walaupun tidak ramai yang benar-benar
mengenali diri kamu,
Cukuplah
ALLAH
mengenalimu lebih daripada yang lain.
Jadilah kamu
seperti 
jantung
yang tidak terlihat
Tetapi  terus berdenyut setiap saat
hingga membuat kita terus hidup menjelang akhir 
hayat.

Isnin, 27 Oktober 2014

Panduan Pengurusan Fail

Panduan Asas Pengurusan Fail
Manual ini dikeluarkan hanyalah sebagai dasar Panduan asas untuk, pembaca memahami sistem surat dan fail yang biasa diamalkan di Organisasi dari masa kesemasa.
·  Didalam menyatakan pembentukan format fail yang baik perlu kepada beberapa aspek seperti berikut :-
·  i) Nombor Fail
ii) Jenis Induk atau pecahan
iii) Tandatangan Pegawai Memohon.
Kandungan Fail.
·  Fail yang hendak dibuka perlu mengandungi :-
i) Kertas Minit
ii) Tali Fail
iii) Tajuk Fail
iv) Nombor Fail
v) Kad pengedar
Cara meminit surat :-
·  Semua surat-surat yang diterima hendaklah disusun mengikut susunan tarikh dan masa. surat-surat tindakan jawapan pula seboleh-bolehnya mengikut tatatertib Nombor folio iaitu menyusuli surat terima,setelah itu boleh dituliskan folio dan minitnya seperti peraturan berikut :-
·  i) Surat Keluar - Dakwat Hitam
ii) Surat Masuk - Dakwat Merah
iii) Odit - Dakwat Hijau
iv) Surat Dalaman - Dakwat Hitam
Penerimaan Surat Dalam Jabatan atau Luar Organisasi
·  a) apabila surat sudah berada ditangan pegawai bertanggongjawab hendaklah membaca surat tersebut serta fahamkan isi kandungan dan pastikan surat itu lengkap dengan tandatangan,tarikh dan lampiran.Jika didapati tiada lengkap hendaklah ditolak penerimaan surat tersebut.Tidak Sah.
·  b) Setelah itu semak samada surat itu ada kaitan dengan fail simpanan yang ada..jika tiada hendaklah dibuka fail baru iaitu ..menyediakan nombor rujukan fail,tajuk dan lain-lain yang berkaitan dan di Rekod. Bagi surat yang ada mempunyai failnya ,maka bolehlah dimasukan kedalam fail dan seterusnya edarkan kepada yang berkenaan.
Cara Membuka Dan Mendaftar Fail Baru
·  Aktiviti ini hanya perlu dilakukan jika tiada fail untuk surat yang diterima atau perkara-perkara yang baru dan perlu dibuka fail baru.
a) Sediakan kulit fail baru,dan lipatkan kulit fail mengkut kesan lipantan
b) Gunakan penebuk lubang.tebukan satu lubang satu inci dari atas dan satu inci dari tepi tulang fail.
c) Kemudian masukan tali hijau melalui tebukan yang tadi itu.
d) Setelah itu masukan kertas minit kedalam fail bahagian kiri,setelah ditebuk lubang pada kertas minit.Tebukan lubang itu hendaklah satu inci dari atas dan satu inci dari terpi dikedua-dua penjuru atas.
e) Selepas itu berikan nombor failnya.
f) Semua surat-surat hendaklah diletakan disebelah kanan dalam fail .Bagi sistem dwi fail..anda perlu meletakan fail masuk sebelah kanan dan surat keluar sebelah kiri folder.
g) Tuliskan juga catitan ringkas pada kertas minit.
h) Tuliskan juga tajuk fail.
i) Disamping itu juga kad pengedar hendaklah dimasukan bersama.
Rekod Pergerakan Fail
a) Catitkan dalam kad pengedar bilangan tarikh dihantar dan kepada pegawai mana dihantar.
b) Catitkan juga keterangan pergerakan fail pada permukaan depan fail druangan yang disediakan.
c) Kemudian barulah boleh fail itu diserahkan kepada pegawai berkenaan dengan merekod didalam kad pergerakan fail.
Mendaftar Fail Sampul Kecil (Sub-Jacket)
a) Baca surat yang diterima,jika didapati fail yang asal digunakan oleh pegawai lain,bukalah sub-jacket baru dengan memberi tindakan seperti mana pendaftaran fail asal.
b) Catitlah juga atas kertas minit,sebab-sebab di sampul kecil ini perlu dibuka.
c) Apabila fail asal telah diterima semula masukan fail sub-jacket ini kedalam fail tersebut dan berikan satu folio baru pada sub-jacket itu kpeada fail asal tadi dan minitkan.
Penyelenggaraan Fail
·  Mana-mana kulit fail yang lusuh dan perlukan diganti dengan baru,maka tindakan berikut perlu dibuat :-
periksa keadaan fail semasa dalam pergerakannya,jika didapati lipatannya koyak,kotor dan didapati perlu diganti baru hendaklah dilakukan dengan : -
i) mengeluarkan segala kandungannya,kemudian gantikan dengan kulit fail baru.
ii) Sesudah itu,salin semula nombor fail dan tajuk fail dan semua maklumat yang terdapat dikulit fail tersebut.
iii) Kandungkan semula segala kandungan kedalam fail berserta dengan kertas minitnya.

Menutup Dan Menyimpan Fail-Fail Yang Tidak Memerlukan Apa-Apa Tindakan Lagi (Fail Mati)
a) Pastikan kandungannya benar-benar tidak mempunyai perkara yang perlu diambil tindakan.Perkara ini boleh dipastikan dengan mendapatkan pengesahan dari pengguna atau pegawai bertanggungjawab.Setelah disahkan barulah boleh fail tersebut ditutup.
b) Simpan fail-fail lama mengikut Kumpulan dan siri nombor failnya..
c) Ubah siri nombor mengikut susunan serial yang bersesuaian seperti contoh 30/0001 (30 adalah kod kumpulan dan diikuti nombor sirinya).
d) Rekod hendak dibuat berasingan dengan daftar aktif dan memansuhkan rekod ini dari fail daftar aktif.
Sistem Simpan Dalam Perhatian (SDP)
i) Apabila terima fail untuk SDP,semak arahan untuk SDP.
ii) Catitan arahan dalam kertas minit,seperti nama,jawatan pegawai yang mengarahkan SDP itu.
iii) Masukan dalam Pigeon Hole atau tempat simpanan bagi tarikh yang berkenaan.Pigeon Hole ini kalau digunakan hendaklah tiap-tiap satu lohong ditarikhkan secara mulai dari 1hb hingg 31hb.
iv) Pastikan fail-fail yang di SDP dikeluarkan pada hari yang dimaksudkan itu dari Pigeon Hole.
v) Fail tersebut mungkin telah dikeluarkan sebelum daripadanya dan berada pada pegawai-pegawai atau sebaliknya,jika didapati tiada, semak dalam doket pergerakan(Kad edaran fail),untuk mengetahui fail berada dimana atau pada siapa.
Setelah diambil tindakan untuk mengambil semula fail tersebut bolehlah diserahkan semula kpeada pegawai yang memerlukan,catitakan juga didalam gerakan fail tersebut.
Pengurusan Rekod
·  Kajian tahunan hendak dilakukan keatas rekod semasa dan tindakan berikut perlu diambil.
a) Setelah dibuat kajian,hendaklah diasingkan rekod yang kurang aktif dan sediakan satu senarai untuk rekod-rekod tersebut.Sebagai panduan,rekod kurang aktif tidak dibuat rujukan lebih dari dua kali setahun.
b) Sesudah selesai kerja diatas,pindahkan rekod-rekod yang kurang aktif kebilik fail yang berasingan,dimana seringkali diletakan diatas rak yang tersusun.
c) Untuk fail-fail yang telah ditutup melebihi lima (5) tahun terdahulu atau lama hendaklah dikaji semula,samada disimpan lagi atau dibuat proses pemusnahan fail-fail jika tidak mempunyai nilai-nilai.
Float File Pegawai
Tiap-tiap pegawai perlu mempunyai float file sendiri untuk tujuan rujukan persendirian..Bagi Organisasi yang mengamalkan sistem fail berpusat ,fail float jabatan hendak dibina selari dengan kod fail pusat dan juga pegawai boleh membuat float persendirian mengikut keperluan organisasi dan tanggongjawab
Kegagalan Memulangkan Fail
adalah perlu diawasi,bahawa pegawai yang membawa fail menyerahkan kepada pegawai yang sepatutnya dan meminta ian menandatangani penerimaan fail berkenaan
Jika fail-fail yang dipinjamkan hilang,maka kelalaian pegawai berkenaan patutlah dikenakan tindakan tatatertib kerana kecuaian.
Jenis Dan Pengelasan Fail
i) Fail Rahsia - Warna merah
ii) Fail Sulit - Warna Hijau
iii) Fail Peribadi
a) Bahagian Pegawai Executive Keatas - Warna Merah Jambu
b) Bahagian Kumpulan Biasa - Warna Kuning
iv) Fail Am (terhad) - Warna putih
v) Sampul Kecil - Warna putih
Fail Peribadi Pegawai/Kakitangan
Organisasi hendaklah mengadakan fail-fail peribadi Pegawai/Kakitangan dengan menggunakan jenis fail peribadi.Jika Organisasi besar,fail peribadi perlulah diadakan di Unit Pentadbiran disamping Jabatan/Seksyen.
Fail Am
Kerja-kerja persuratan yang melibatkan tindakan perkara-perkara persuratan am,hendaklah menggunakan fail am.
Fail Rahsia
Khas digunakan untuk tindakan surat-surat serta tindakan sulit pengurus,pegawai kanan yang terlibat dengan polisi.
Fail Sulit
Khas digunakan untuk tindakan perkara perkara yang tidak membahaaya keadaan jika maklumat yang disimpan itu bocor.
Fail Sampul Kecil
Untuk surat-surat biasa yang dismpan untuk sementara waktu sehingga fail asal dijumpai atau dikembalikan
Sistem Mengenal Kod Fail
·  Sistem ini hendaklah sekurang-kurangnya mempunyai perkara berikut ;-
i) Nama Kod Pendek Organisasi
ii) Nama Kod Pendek Jabatan/Seksyen jika ada
iii) Tajuk Indek Perkara Utama.
iv) Perjenisan Perkara kedua.
v) Pecahan Perjenisan Perkara ketiga @ seterusnya
Contoh XXX/2.04/i -1
XXX = Nama Kod Organisasi
/2. = Kod Kumpulan - contoh Pengurusan Pejabat
04/ = Kod Perkara - Contoh Tempahan Bilik
i = Kod Pecahan - Mesyuarat Utama
1 = Jilid Fail = Jilid Satu
Fail dimaksudkan xxx/2.04/i -1 = Tempahan Bilik Mesyurat Utama
Cara Kendalian Sistem Fail
Semua surat keluar perlulah menggunakan fail dan pastikan semua surat yang dikendalikan adalah selaras dengan tajuk fail yang dimaksudkan,dengan cara ini memudahkan mengesan surat-surat berkaitan pada masa akan datang.
Sistem Rekod Berkomputer
Bagi organisasi yang menggunakan sistem berkomputer,hendaklah memastikan semua kandongan surat perlu ada didalam data komputer bagi memudahkan jejak surat dilaksanakan..Dipasaran terdapat juga jenis optical scanner dimana susun atur data capture hendaklah selaras dengan fail fizikal yang ada .
National Archives Act,1966 for Malaysia
Bagi rekod-rekod yang memerlukan simpanan di Arkib Negara,rekod-rekod boleh dibuat rujukan dengan berdasarkan Akta dimaksudkan
Bagi rekod-rekod kerajaan,rujukan boleh dibuat kepada Arkib Negara untuk mendapatkan maklumat lanjut

Sabtu, 25 Oktober 2014

Inilah 10 Sahabat...

 
Syurga merupakan suatu destinas terakhir yang diimpikan oleh umat Islam yang beriman dan bertaqwa. Pelbagai kisah, gambaran dan perumpamaan akan hakikat syurga yang telah 'terbongkar' baik dari Al-Quran mahupun hadith-hadith Rasulullah s.a.w. Namun begitu, untuk memperolehinya bukanlah semudah mengimpikannya. Ia memerlukan pengorbanan yang tinggi, ketaqwaan yang jitu dan keimanan yang tidak berbelah bagi kepada Allah s.w.t dan Rasulnya. Ini telahpun dibuktikan oleh para sahabat Baginda yang benar-benar menginginkan syurga Allah s.w.t hingga telah dijamin nama mereka sebagai penghuni syurga. Siapakah mereka?. Berikut adalah 10 orang sahabat Rasulullah s.a.w yang telah memdapat jaminan ke syurga.

1. Abu Bakar As-Siddiq
Abu Bakar as-Siddiq r.a adalah salah seorang daripada empat sahabat baginda yang utama. Beliau adalah sahabat paling rapat dengan Rasulullah s.a.w. Setelah kewafatan baginda, beliau merupakan khalifah Islam yang pertama yang dilantik untuk memimpin umat Islam ketika itu. Seorang sahabat yang sentiasa denkat dengan baginda kemana sahaja baginda pergi, Abu Bakar pasti menyertainya. Ini termasuk ketika Nabi dalam perjalanan hijrah dari Makkah ke Madinah, iaitu suatu perjalanan yang sangat merbahaya dan berisiko serta penuh ancaman musuh.

Sejak remaja, Abu Bakar telah bersahabat baik dengan Baginda malah beliau adalah orang yang pertama yang memeluk agama Islam yang dibawa oleh Baginda. Ini kerana beliau mempercayai sepenuhnya Rasulullah s.a.w kerana ketinggian akhlak dan sifat baginda. Ini dibuktikan ketika Baginda menceritakan pengalaman Isra' dan Mikraj nya. Ketika itu ramai sahabat yang kebingungan dan tidak kurang juga yang sangsi serta ragu. Namun begitu Abu Bakar orang pertama yang dengan pantasnya membenarkan peristiwa tersebut. Oleh kerana itulah beliau digelar sebagai as-Siddiq. Beliau dikhabarkan meriwayatkan hampir 142 hadith Rasulullah s.a.wAbu Bakar wafat ketika berusia 63 tahun bersamaan 13 Hijrah. Beliau dikuburkan di Madinah bersebelahan dengan makam Rasulullah s.a.w.

2. Umar bin Khattab
Umar r.a merupakan khalifah yang kedua iaitu selepas kewafatan Abu Bakar as-Siddiq. Beliau adalah salah seorang daripada sahabat yang dikasihi oleh Nabi Muhammad s.a.w. Sebelum beliau memeluk Islam, Umar terkenal dengan sifatnya yang suka bergusti, mengganggu kaum Muslimin dan suka minum minuman keras. Seluruh penduduk Makkah takut dengannya. Umar memeluk Islam setelah terdengar bacaan surah Taha yang dibacakan oleh saudara perempuannya. Selepas mengakui keilamannya, beliau sangat tegas dalam membela agama Allah. Beliau merupakan salah satu benteng Islam yang mampu mnyurutkan perlawanan kaum Quraisy dengan Baginda dan para sahabat yang lain.

Ketika beliau diangkat menjadi Khalifah yang ke dua, beliau meluaskan pengaruh dan jajahan Islam dengan begitu luas. Umar juga dapat menakluk kerajaan Parsi dan Rom Timur dalam masa satu tahun sahaja. (636-637H). Beliau merupakan seorang pemimpin yang sangat berserdahana dan mengambil berat akan rakyatnya. Umar wafat pada 23Hijrah akibat dibunuh oleh Abu Lukluk ketika beliau ingin mengimamkan solat. Makamnya berhampiran dengan makam Rasulullah s.a.w dan Abu Bakar r.a

3. Uthman bin Affan
Beliau merupakan khalifah Islam yang ketiga selepas Abu Bakar dan Umar. Pada waktu kepimpinannya, beliau berjaya mengumpul dan menyusun al-Quran dalam bentuk mushaf. Uthman memeluk Islam hasil daripada ajakan Abu Bakar a.s. Beliau mendapat gelaran Dzun Nur Ain (Pemilik Dua Cahaya) kerana menikahi dua puteri Rasulullah s.a.w iaitu Ruqayyah dan Ummu Kalsum. Uthman terkenal sebegai seorang saudagar yang kaya serta dermawan. Beliau selalu menafkahkan hartanya ke jalan Allah s.w.t. Ketika berlakunya perang Tabuk, Uthman menyumbangkan lebih 940 ekor unta, kmudian membawa 60 ekor kuda untuk menggenapkannya menjadi 1000 ekor binatang. Uthman wafat pada tahun 35 Hijrah.

4. Ali bin Abi Talib
Beliau dilahirkan di Makkah pada tahun 598M. Beliau merupakan suami kepada Fatimah ini merupakan orang pertama yang memeluk Islam dari kalangan kanak-kanak. Sebahagian riwayat menyebut ketika itu usianya adalah 10 tahun. Ali terkenal sebagai seorang yang berani, ahli siasah perang dan cerdas. Pada peristiwa Hijrah, Ali merelakan diri untuk tidur di tempat tidur Rasulullah s.a.w untuk mengalihkan perhatian tentera Quraisy yang menyangka bahawa Baginda masih berada di dalam rumah. Beliau wafat pada tahun 40H, setelah ditikam oleh Abdurrahman bin Muljam dengan pedang yang beracun setelah beliau solat subuh. Beliau meninggal ketika berumur 63 tahun dan menjawat jawatan sebagai khalifah selama 4 tahun 9 bulan. Makam beliau di Kufah, Iraq.



5.  Thalhah bin Abdullah
Beliau dikenali sebagai salah seorang pembantu kanan Rasulullah s.a.w dari suku Quraisy. Ketika perang Uhud meletus, Talhah dengan berani turut menyertai perang tersebut. Dalam perang itu, beliau mendapat cedera dan luka yang parah. Ini kerana beliau menjadikan tubuhnya sebagai benteng untuk melindungi Baginda daripada panah-panah dari tentera musuh. Disebebkan itu tubuhnya luka manakala jarinya putus. Thalhah wafat pada 36H sewaktu syahid dalam perang Jamal.

6. Zubair bin Awwam
Beliau adalah salah seorang daripada as-sabiqun al-awwalun (golongan yang pertama memeluk Islam). Ketika beliau memeluk Islam, umurnya baru sahaja mencecah 15 tahun. Beliau begitu cintakan Islam. Buktinya, beliau dengan berani membela agama Allah hingga tidak pernah sekalipun tertinggal dalam peperangan. Malah beliau juga sentiasa berada di barisan hadapan dalam peperangan.  Seluruh tubuhnya terdapat bekas-bekas kesan luka dari peperangan yang disertainya. Zubair amat mencintai Rasulullah s.a.w. Ketika berlaku pertelingkahan antara kaum Muslimin, beliau sentiasa mendamaikan mereka tanpa memihak kepada mana-mana pihak. Beliau wafat pada 36H akibat ditikam ketika solat.

7. Sa’ad bin Abi Waqqas
Beliau memeluk Islam sewaktu berusia 17 tahun. Seorang yang mahir menunggang kuda dan memanah. Dikhabarkan bahawa jika Sa’ad memanah, maka ia pasti tepat mengenai sasaran. Oleh kerana itu ia memainkan peranan yang penting dalam peperangan hingga semua peperangan turut disertainya. Keteguhannya terhadap Islam terbukti ketika ibunya mengancam untuk mogok makan dan minum sewaktu di awal keislamannya dengan harapan anaknya itu akan kembali kepada ajaran agama nenek moyangnya. Namun, meskipun sewaktu ibunya hamper menemui ajal, Sa’ad langsng tidak terpengaruh dengan ancaman tersebut. Beliau tidak sedikit pun menjual keyakinannya walaupun dengan nyawa ibunya sendiri. Begitu hebat keteguhan beliau dan kecintaan beliau terhadap Islam melebihi kecintaan terhadap ibunya sendiri. Ketika Umar al-Khattab menjadi khalifah, Sa’ad dilantik sebagai gabenor tentera di Iraq untuk mengatur pemerintahan dan ketenteraan di sana.  Beliau wafat ketika berusia 70 tahun.

8. Said bin Zaid
Beliau adalah antara sahabat yang bertuah kerana memeluk Islam memeluk Islam bersama-sama dengan adik Umar al-Khattab yang juga isteri Said bernama Fathimah binti al-Khattab. Ketika memeluk Islam usianya baru sahaja 20 tahun. Beliau mengabdikan dirinya kepada Islam dengan sepenuh hati. Beliau juga antara sahabat yang turut serta dalam setiap peperangan bersama Rasulullah s.a.w. Beliau turut bersama kaum Muslimin ketika mencabut singgahsana Kisra Parsi. Said pernah menjadi mata-mata kepada kegiatan musuh selepas disuruh oleh baginda. Beliau wafat pada 51H ketika berusia 70 tahun.

9. Abdurrahman bin Auf
Beliau termasuk salah seorang daripada tujuh orang terawal memeluk Islam. Abdurrahman diberi kelebihan oleh Allah dengan memiliki kekayaan dan harta yang melimpah ruah melalui hasil perniagaannya. Kekayaan dan kemewahan sedikit pun tidak membuatkannya lupa diri. Beliau sentiasa menafkahkan hartanya ke jalan Allah s.w.t. Ketika dikhabarkan yang beliau adalah antara sahabat yang dijamin syurga, beliau lebih berkobar-kobar untuk bersedekah dan memberikan hartanya di jalan Allah. Dikharbarkan Abdurrahman menafkahkan 40,000 dirham emas, 40,000 dirham perak, 500 ekor kuda dan 1500 ekor unta untuk keperluan perjuangan menegakkan Islam. Beliau sempat berhijrah ke Habsyah sebanyak dua kali. Wafat pada 32H sewaktu berusia 72 tahun.

10. Abu Ubaidah bin Jarrah
Beliau adalah antara sahabat yang paling dipercayai oleh Rasulullah. Baginda pernah membuat penyataan dan pujian terhadap Abu Ubaidah. “Sesungguhnya setiap umat mempunyai orang kepercayaan, dan sesungguhnya keperayaan umat ini adalah Abu Ubaidah.” Beliau adalah seorang yang jujur lagi amanah. Beliau memeluk Islam melalui perantaraan Abu Bakar as-Siddiq di awal kerasulan Baginda. Abu Ubaidah juga pernah beberapa kali memimpin peperangan. Wafat pada tahun 18H.

Sabtu, 18 Oktober 2014

TAHNIAH KEPADA PN. NORMAH BINTI TAHA(SETIAUSAHA) KEPTAN CAW. MUAR/LEDANG KERANA TELAH MENERIMA SEORANG CUCU LELAKI PADA 17/10/2014

PERSIDANGAN KEPTAN KALI KE 19 DI BRISDALE, KUALA LUMPUR.

Pada 17-18/10/2014 Persidangan KEPTAN Kebangsaan di Hotel Brisdale , KL telah berlangsung selama 2 hari. Banyak maklumat telah di terima dari wakil CUEPACS iaitu En. Zainal bin Ismail (Timbalan Presiden 1) CUEPACS.
Insyallah kita kakitangan perkhidmatan awam mungkin akan menerima berita baik sebelum perlaksanaan GST.
"Tahniah juga kepada EN. ZAINAL ABIDEN BIN MD ZIN (Pengerusi Keptan Cawangan Pontian) kerana telah menang pemilihan sebagai Naib Pengerusi KEPTAN Semenanjung.

Rabu, 15 Oktober 2014

Semakan Kenaikan Gaji & Elaun Kakitangan Awam 2015

Berita Semakan Kenaikan Gaji Kakitangan Awam 2015 & Elaun Naik Termasuk Elaun Perumahan! Tuntutan Cuepacs Bakal Dituruti? : Ramai yang kecewa sebenarnya termasuk dizahirkan sendiri oleh pihak Cuepacs Malaysia yang mewakili keluarga besar kakitangan awam di Malaysia berjumlah 1.52 juta sekarang ini, apabila pengumuman pada Bajet 2015 telah seperti yang mereka harapkan. Ini kerana….


kerana pada pandangan Cuepacs sekarang ini, semakan kenaikan gaji kakitangan awam 2014 dan elaun naik lebih utama dan merupakan tuntutan yang mendesak berbanding pemberian bonus “one off”. Bukan mereka tidak bersyukur. Tetapi mengambil kira tiada berlakunya semakan kenaikan gaji kakitangan awam dan elaun naik di bawah pimpinan Datuk Seri Najib setelah sekian lamanya apatah lagi menjelang gelombang GST April 2015 kelak. Tambahan pula lain tuntutan yang dihantar Cuepacs, lain pula yang diumumkan. Jauh sekali angkanya.
  • Hantar : Tuntutan dua bulan bonus gaji kakitangan awam
  • Dapat : Pembayaran bonus setengah bulan gaji penjawat awam
  • Respon Cuepacs : Tidak berpuas hati
Jika sebelum ini, Datuk Seri Najib pernah berjanji kepada kakitangan awam untuk melakukan semakan elaun kakitangan kerajaan 2015 seperti di bawah ini :
KLIK SINI : Kenaikan Elaun Naik 2015 Kakitangan Awam? Syaratnya, Kerajaan Mahukan RM27 Bilion Setahun Melalui Cukai GST!!

Semakan Kenaikan Gaji Kakitangan Awam 2015 & Elaun Naik : Respon Ali Hamsa?

kenaikan gaji 2015Terbaru dan terkini, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa tampil ke hadapan mengatakan kerajaan Malaysia sedang dalam usaha sekarang melakukan semakan kenaikan gaji kakitangan awam 2015 & elaun naik selepas April 2015 berskala besar selepas ini.
Dan yang menariknya lagi apabila Tan Sri Ali Hamsa buat pertama kalinya setelah sekian lama sudah mula berjanji akan melakukan semakan terhadap tuntutan yang paling ditunggu-tunggu dan diharapkan oleh sejumlah besar kakitangan awam di Malaysia apabila semakan kenaikan elaun perumahan naik 2015 dilakukan supaya kadar yang bakal ditetapkan kelak sesuai dan sedikit sebanyak dapat menampung beban dan tanggungan yang selari dengan kos semasa hari ini.
Tan Sri Ali Hamsa turut mengatakan yang mana ada beberapa siri kenaikan elaun naik 2015 penjawat awam tidak boleh dielakkan lagi dan juga akan ada juga elaun yang akan dimansuhkan supaya munasabah dengan realiti hidup majoriti penjawat awam di Malaysia hari ini.

Isnin, 13 Oktober 2014

MAKSUD PERBELANJAAN WANG SUWA.


Kutipan seperti sewa kantin, derma am, pendapatan daripada
kedai buku sekolah, caj yang dikenakan ke atas penggunaan
harta dan kemudahan sekolah, faedah bank dan pelbagai
merupakan kutipan yang tidak dikhaskan untuk sesuatu tujuan.
Wang yang diterima daripada punca ini boleh digunakan oleh
pihak sekolah untuk:

(i) Perbelanjaan menjalankan aktiviti-aktiviti murid;
(ii) Perbelanjaan membawa murid mendapatkan rawatankecemasan;
(iii) Perbelanjaan yang memberi manfaat secara langsung kepada murid.

Kegunaan Lain Wang SUWA
Perbelanjaan selain daripada perkara (a) dan (b) di
wajibkan mendapat kelulusan daripada Ketua PTJ sebelum sebarang perolehan dibuat.

Rujukan Buku Edisi Tahun 2012 (Buku Tatacara Perakaunan dan Pengurusan Wang Sekolah)

TUNTUTAN AWAL BANTUAN PERSEKOLAHAN KEPADA SEKOLAH BERDASARKAN ENROLMEN MURID PADA 1 OKTOBER 2014


Bersama-sama ini disertakan surat Unit, Akaun JPN Johor: 
JPNJ.AKN(40)/400-2/1/13/8JLD12(13) bertarikh 30 September 
2014 untuk tindakan tuan/puan selanjutnya.
Sekian, terima kasih

SEKOLAH-SEKOLAH PERLU HANTAR KE PPD MUAR 
SELEWAT-LEWATNYA PADA 15 OKTOBER 2014 (UNIT KEWANGAN)

LAMPIRAN
TUNTUTAN AWAL BANTUAN PERSEKOLAHAN KEPADA SEKOLAH BERDASARKAN 
ENROLMEN MURID PADA 1 OKTOBER 2014 (Surat)

Selasa, 7 Oktober 2014

Cara Solat Sunat Gerhana Bulan


http://www.islamituindah.my/wp-content/uploads/2011/12/gerhana-bulan-2011.jpg
Firman Allah dalam ayat 38 – 40 surah Yaasiin; maksudnya: Dan lagi dalil yang terang untuk mereka (berfikir) ialah malam; Kami hilangkan siang daripadanya, maka dengan serta-merta mereka berada dalam gelap-gelita; Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui; Dan bulan pula Kami takdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya – (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering.(Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing
Kejadian gerhana bulan mengajak kita untuk menambahkan lagi keimanan tentang kehebatan dan kekuasaan Allah Subhanahu Wata’ala sebagai Pentadbir seluruh alam, segala peredaran cakerawala, bumi, bulan, matahari dan seumpamanya. Peredaran bulan dan matahari yang teratur setiap hari secara berganti-ganti, matahari beredar di waktu siang, manakala bulan beredar di waktu malam adalah atas kudrat dan iradat Allah Subhanahu Wata’ala jua. Ia mempunyai hikmat dan tujuan tersendiri antaranya bagi tujuan membolehkan manusia untuk bekerja pada siang hari dengan mudah dan pada malam hari pula dapat berehat dan bermunajat kepada Allah dengan tenang.
Pergerakan matahari dan bulan yang teratur dan tetap juga dapat digunakan oleh manusia untuk dijadikan kalendar tahunan samada berdasarkan pergerakan matahari bagi kalendar Masihi dan mengikut peredaran bulan bagi taqwim Hijrah. Oleh itu setiap kejadian yang berlaku termasuk gerhana bulan pada malam ini adalah untuk mengetuk hati kita agar bersyukur dan mengingati Allah sepanjang masa dan tempat. Kita sentiasa diminta agar berfikir tentang kejadian alam ciptaan Allah dalam mengenali sifat-sifat Allah dan juga mengakui diri kita sebagai hamba yang serba lemah


Solat gerhana ini disunatkan untuk ditunaikan secara berjemaah dengan diseru sebelum mendirikannya : as-Solatu Jaami’ah (Solat berjemaah)
Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Bulan
أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”

Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Matahari
أُصَلِّى سُنَّةَ الْكُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala.”

Cara & Bilangan Rakaat
Terdapat 3 cara melaksanakan solat sunat gerhana iaitu;
i.               Yang terlebih sempurna ialah dilakukan 2 rakaat dengan setiap rakaat 2 ruku’ dan 2 qiyamyang dipanjangkan bacaan surah dan tasbihnya pada kedua-dua rakaat (Kesimpulannya: jumlah ruku’, qiyam dan sujud adalah sebanyak 4 kali dalam dua rakaat solat sunat gerhana).  Ini adalah cara yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. bersama para sahabatnya dan melibatkan masa yang amat panjang.  Kadar panjang bacaan surah ialah surah al-Baqarah (286 ayat) dalam qiyam pertama, sirah Aali Imran (200 ayat) dalam qiyam kedua, surah al-Nisa’ (176 ayat) dalam qiyam ketiga, dan surah al-Ma’idah (120 ayat) dalam qiyam keempat).  Kadar panjang tasbih ialah sekadar bacaan 100 ayat dalam ruku’ dan sujud pertama, sekadar bacaan 90 ayat dalam ruku’ dan sujud kedua, sekadar bacaan 70 ayat dalam ruku’ dan sujud ketiga, dan sekadar bacaan 50 ayat dalam ruku’ dan sujud keempat.
ii.             Yang lebih sempurna dilakukan 2 rakaat dengan 2 kali ruku’ dan 2 kali qiyam, dengan tidak dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat.  Ini adalah cara yang sederhana dan tidak memakan masa yang lama.
iii.            Sekurang-kurangnya 2 rakaat seperti solat sunat biasa.  Ini adalah cara dan bilangan rakaat yang paling minimum dan melibatkan tempoh yang singkat.

Huraian Cara Kedua (Sederhana Panjang)
Berikut adalah huraian cara solat gerhana dalam tempoh yang sederhana iaitu sekitar 30-40 minit berdasarkan pengalaman menunaikan solat gerhana bulan pada hari Selasa 15 Syaaban 1428 bersamaan 28 Ogos 2007 lalu.  Turut dicadangkan bacaan surah-surah pilihan daripada juzuk ke-30 yang lebih dikenali di kalangan masyarakat kita dengan ’ayat-ayat lazim’.

(Rakaat Pertama)
1.         Takbiratul Ihram.
2.         Membaca doa iftitah.
3.         Membaca Isti’azah. (أَعُوْذُ بِالله مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ)
4.         Membaca surah al-Fatihah.
5.         Membaca surah dalam qiyam pertama.  Dicadangkan membaca surah surah al-Baqarah (ayat 1-25) atau surah al-A’laa (19 ayat).
6.         Ruku’ (pertama) dan membaca tasbih (100 kali tasbih).
7.         Iktidal dan qiyam kedua, membaca surah al-Fatihah dan surah.  Dicadangkan membaca surah al-Baqarah (ayat 26-48) atau surah al-Ghaasyiyah (26 ayat).
8.         Ruku’ (kedua) dengan membaca tasbih (90 kali tasbih).
9.         Iktidal.
10.        Sujud (pertama) dan membaca tasbih (100 kali tasbih).
11.        Duduk antara 2 sujud (sunat dipanjangkan tempohnya).
12.        Sujud (kedua) dan membaca tasbih (90 kali tasbih).
13.        Berdiri ke rakaat kedua.

(Rakaat Kedua)
1.         Qiyam ketiga dan membaca surah al-Fatihah.
2.         Membaca surah.  Dicadangkan membaca surah al-Baqarah (ayat 49-61) atau surah al-Syams (15 ayat).
3.         Ruku’ (ketiga) dan membaca tasbih (70 kali tasbih).
4.         Iktidal dan qiyam keempat, membaca surah al-Fatihah dan membaca surah.  Dicadangkan membaca surah al-Baqarah (ayat 62-74) atau surah al-Zalzalah (8 ayat).
5.         Ruku’ (keempat) dengan membaca tasbih (50 kali tasbih).
6.         Iktidal.
7.         Sujud (ketiga) dan membaca tasbih (70 kali tasbih).
8.         Duduk antara 2 sujud (sunat dipanjangkan tempohnya).
9.         Sujud (keempat) dan membaca tasbih (50 kali tasbih).
10.        Membaca tasyahhud akhir.
11.        Memberi salam & imam bangun menyampaikan dua khutbah.

RUJUKAN
Abdul Karim Zaidan, Ensiklopedia hukum wanita dan keluarga, Kajian mendalam masalah wanita & keluarga dalam perspektif syariat Islam. Pustaka Dini.
al-Dimyāti al-Bakri, Abū Bakr bin ‘Uthmān bin Muhammad Shattā, Hāshiyat i‘ānat al-tālibin, 1995, Beirut: Dār al-Kutub al-‘Ilmiyyah, jil. 1, hlm. 448.
Ibn Qayyim al-Jawziyyah, Zād al-ma‘ād fi hady Khayr al-‘ibād, 1994, Cet. ke-27, Beirut: Mu’assasat al-Risālah, jil. 1, hlm. 450-456.
Ibn Qudāmah, Muwaffaq al-Din Abū Muhammad ‘Abd Allah bin Ahmad bin Muhammad bin Muhammad bin Qudāmah, al-Mughni1992, Cet. ke-2, Kaherah: Hajar li al-Tibā‘ah wa al-Nashr wa al-Tawzi‘ wa al-I‘lān, jil. 3, hlm. 321-333.
al-Nawawi, Yahyā bin Sharaf, al-Azkār, 1991, cet. ke-3, Madinah: Maktabat Dār al-Turāth & Damsyik: Dār Ibn Kathir, hlm. 291-293.
al-Nawawi, Yahyā bin Sharaf, al-Majmū‘, t.th, Jeddah: Maktabat al-Irshād, jil. 5, hlm. 50-68.
al-Shāfi’i, Taqiy al-Din Abū Bakr bin Muhammad al-Husayni al-Husni al-Dimashqi, Kifāyat al-akhyār fi hall qhāyat al-ikhtisār, 1991, Beirut: Dār al-Khayr, hlm. 151-152.