Berita Semakan Kenaikan Gaji Kakitangan Awam 2015 & Elaun Naik Termasuk Elaun Perumahan! Tuntutan Cuepacs Bakal Dituruti? : Ramai yang kecewa sebenarnya termasuk dizahirkan sendiri oleh pihak Cuepacs Malaysia yang mewakili keluarga besar kakitangan awam di Malaysia berjumlah 1.52 juta sekarang ini, apabila pengumuman pada Bajet 2015 telah seperti yang mereka harapkan. Ini kerana….
kerana pada pandangan Cuepacs sekarang ini, semakan kenaikan gaji
kakitangan awam 2014 dan elaun naik lebih utama dan merupakan tuntutan
yang mendesak berbanding pemberian bonus “one off”. Bukan mereka tidak
bersyukur. Tetapi mengambil kira tiada berlakunya semakan kenaikan gaji
kakitangan awam dan elaun naik di bawah pimpinan Datuk Seri Najib
setelah sekian lamanya apatah lagi menjelang gelombang GST April 2015
kelak. Tambahan pula lain tuntutan yang dihantar Cuepacs, lain pula yang
diumumkan. Jauh sekali angkanya.
- Hantar : Tuntutan dua bulan bonus gaji kakitangan awam
- Dapat : Pembayaran bonus setengah bulan gaji penjawat awam
- Respon Cuepacs : Tidak berpuas hati
Jika sebelum ini, Datuk Seri Najib pernah berjanji kepada kakitangan
awam untuk melakukan semakan elaun kakitangan kerajaan 2015 seperti di
bawah ini :
KLIK SINI : Kenaikan Elaun Naik 2015 Kakitangan Awam? Syaratnya, Kerajaan Mahukan RM27 Bilion Setahun Melalui Cukai GST!!
Semakan Kenaikan Gaji Kakitangan Awam 2015 & Elaun Naik : Respon Ali Hamsa?
Terbaru
dan terkini, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa tampil ke
hadapan mengatakan kerajaan Malaysia sedang dalam usaha sekarang
melakukan semakan kenaikan gaji kakitangan awam 2015 & elaun naik
selepas April 2015 berskala besar selepas ini.
Dan yang menariknya lagi apabila Tan Sri Ali Hamsa buat pertama kalinya
setelah sekian lama sudah mula berjanji akan melakukan semakan terhadap
tuntutan yang paling ditunggu-tunggu dan diharapkan oleh sejumlah besar
kakitangan awam di Malaysia apabila semakan kenaikan elaun perumahan
naik 2015 dilakukan supaya kadar yang bakal ditetapkan kelak sesuai dan
sedikit sebanyak dapat menampung beban dan tanggungan yang selari dengan
kos semasa hari ini.
Tan Sri Ali Hamsa turut mengatakan yang mana ada beberapa siri kenaikan
elaun naik 2015 penjawat awam tidak boleh dielakkan lagi dan juga akan
ada juga elaun yang akan dimansuhkan supaya munasabah dengan realiti
hidup majoriti penjawat awam di Malaysia hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan