1 daripada 4 penduduk dunia adalah muslim, dan jumlah muslim terbesar
berada di luar Timur Tengah. Laporan yang dikeluarkan CNN menyatakan
jumlah muslim China lebih ramai daripada yang berada di Syria, dan
Muslim di Jerman jumlahnya lebih besar daripada muslim yang tinggal di
Lubnan. Berikut negara-negara dengan populasi muslim paling ramai di
dunia.
1. Indonesia : 195,670,000 orang
Indonesia merupakan negara Muslim terbesar di dunia dengan
kira-kira 13% jumlah Muslim di dunia berada di Indonesia dan 88%
penduduknya beragama Islam. Pada tahun 30 Hijrah atau 651 Masehi, hanya
berselang sekitar 20 tahun dari wafatnya Rasulullah SAW, Khalifah Uthman
ibn Affan RA mengirim delegasi ke China untuk memperkenalkan Daulah
Islam yang baru berdiri. Dalam perjalanan yang memakan waktu empat tahun
ini, para utusan Uthman sempat singgah di Kepulauan Nusantara. Beberapa
tahun kemudian pada tahun 674 M, Dinasti Umayyah telah mendirikan
pangkalan dagang di pantai barat Sumatera. Inilah perkenalan pertama
penduduk Indonesia dengan Islam. Sejak itu para pelaut dan pedagang
Muslim terus singgah, abad demi abad. Mereka berdagang sambil berdakwah.
2. Pakistan : 156,490,000 orang
Pakistan adalah sebuah negara yang terletak di Asia Selatan yang
dahulunya sebahagian daripada India. Dengan lebih dari 150 juta
penduduk, Nama Pakistan diambil dari awalan daerah Punjab, Afghan,
Kashmir, Sind dan Baluchistan. Sedangkan dalam bahasa Parsi Pak berarti
suci dan Stan bermakna negara sehingga para pendiri Pakistan
mengharapkan adanya negara suci menurut ajaran Islam.
3. India : 144,750,000 orang
Islam adalah agama yang kedua terbesar setelah agama Hindu (80.5%). Ada
sekitar 174 juta Muslim, 16.4% dari jumlah penduduk. Sejak pengenalannya
ke India, Islam telah membuat penyumbangan keagamaan, kesenian,
falsafah, kebudayaan, kemasyarakatan dan politik kepada sejarah, warisan
dan kehidupan India.
4. Bangladesh : 127,080,000 orang
Islam adalah agama terbesar Bangladesh, yang penduduk Muslim lebih dari
130 juta dan merupakan hampir 88% dari jumlah penduduk, berdasarkan
banci 2001. Islam tiba di wilayah Bengal sejak abad ke-13, terutama oleh
kedatangan para pedagang Arab. Majoriti Muslim di Bangladesh adalah
Sunni, yang mengikuti ajaran mazhab Hanafi.
5. Mesir : 70,530,000 orang
Islam tiba di wilayah Mesir pada 628 Masihi. Ketika itu Rasulullah
mengirim surat pada Gubenor Mukaukis - yang berada di bawah kekuasaan
Rom - mengajak masuk Islam. Pada 639 Masehi, ketika Islam di bawah
kepemimpinan Umar bin Khattab, 3000 pasukan Amru bin Ash dan pasukan
Zubair bin Awwam berkekuatan 4000 orang memasuki Mesir. Mukaukis
didukung gereja menandatangani perjanjian damai. Sejak itu, Mesir
menjadi wilayah kekuasaan Islam.
Khalifah Muiz membangun Masjid Besar Al-Azhar (dari “Al-Zahra”, nama
panggilan Fatimah). Inilah yang kemudian bekembang menjadi Universiti
Al-Azhar sekarang. Universiti Islam Al-Azhar di Kaherah Mesir,
bersambung ke sebuah masjid dibina sekitar 971, adalah universiti yang
tertua di dunia. Al-Azhar juga dianggap oleh banyak Muslim Sunnah
sebagai pihak berkuasa tertinggi Muslim Sunnah.
6. Turki : 68,960,000 orang
Daerah yang terdiri dari Turki moden mempunyai tradisi Islam yang lama
dan kaya bermula dari zaman permulaan Seljuk dan Empayar Uthmaniyyah.
Orang Turki secara kebudayaan dan sejarah adalah umat Islam. Ia sukar
dibayangkan Turki tanpa Islam seperti memikirkan Istanbul tanpa latar
langit masjid masyhur dan menaranya. Sekitar 99% penduduknya adalah
Muslim walaupun tidak pernah ada kajian mengenai ketepatan nisbah ini.
Kebanyakan umat Islam di Turki adalah Sunah membentuk sekitar 85%.
7. Iran : 67,330,000 orang
Islam merupakan agama rasmi di Iran (dahulunya Parsi). 98 peratus
daripada penduduk Iran menganut agama ini dan 89 peratus daripadanya
berpegang kepada ajaran Syiah. Iran menjadi Republik Islam pada tahun
1979 apabila perlembagaan baru yang berunsur negara Islam diluluskan
parlimen.
Kemaraan tentera Islam di Parsi pada 637-651 mengakhiri kegemilangan
Empayar Sassanid dan seterusnya memusnahkan agama Majusi di Empayar
Parsi. Namun begitu, tamadun Parsi tidak berakhir begitu sahaja. Ia mula
berkembang bersama-sama dengan tamadun Islam. Sebelum datangnya Islam
di Parsi, kebanyakan orang Parsi beragama Majusi dan juga terdapat
kumpulan minoriti beragama Kristian dan Yahudi. Penyebaran Islam di
Parsi merupakan sebuah proses yang perlahan. Penduduk-penduduk kota
merupakan antara yang terawal memeluk Islam.
8. Nigeria : 64,380,000 orang
Islam dianut oleh separuh dari jumlah penduduk Nigeria. Penyebaran Islam
di Nigeria terbahagi kepada tiga peringkat, iaitu peringkat Trans
Sahara dan Afrika Utara, peringkat Atlantik dan peringkat kemerdekaan.
Di samping melakukan perdagangan, para pedagang Muslim juga
memperkenalkan misi utama ajaran Islam, iaitu mengembangkan perdamaian,
keadilan dan kesejahteraan.
9. China : 39,190,000
China, negara yang mempunyai penduduk paling ramai di dunia, dengan
jumlah populasi mencecah 1.3 bilion. Hingga kini, bilangan penganut
Islam melebihi 30 juta orang. Tidak banyak fakta tentang masyarakat
Islam di China yang dipaparkan oleh media. Kejayaan dan keutuhan ajaran
Islam yang berkembang di bawah sistem pemerintahan komunis ini juga
masih misteri.
Islam mempunyai pusaka yang kaya di China. Islam pertama kali dibawa ke
China oleh sebuah rombongan yang dikirimkan oleh Uthman, Khalifah, pada
651, lebih kurang dari dua puluh tahun selepas kewafatan Nabi Muhammad.
Rombongan itu diketuai oleh Sa`d ibn Abī Waqqās, bapa saudara Nabi
sebelah ibunya. Yung Wei, maharaja Tang yang menerima rombongan itu
memerintahkan pembinaan sebuah masjid peringatan di Canton, yang
merupakan masjid pertama di negara itu dibina. Zaman Dinasti Tang adalah
zaman keemasan China dengan budaya kosmopolitan yang membantu
memperkenalkan agama Islam.
10. Ethiopia : 34,730,000 orang
Islam adalah agama yang di anuti oleh hampir separuh rakyat Ethiopia.
Islam adalah agama majoriti etnik Somalia, Afar, Argobba dan Harari, dan
kelompok terbesar dari masyarakat Oromo. Islam masuk pertama kali ke
Ethiopia (dahulunya Habsyah) pada abad ke-7 Hijrah, ketika Nabi Muhammad
s.a.w. melakukan hijrah beliau yang pertama ke negara tersebut (615
Masehi). Bagi kebanyakan orang Islam, Ethiopia disinonimkan sebagai
kebebasan dari siksaan dan emansipasi dari rasa ketakutan (freedom from
persecution and emancipation from fear), atau ekspresi kebebasan dan
kepercayaan (freedom of expression and beliefs). Sedangkan hijrah kedua
iaitu ke Madinah Al-Munawwarah disebut sebagai berakhirnya era
penindasan (freedom from oppression).
Jejak-jejak hijrah Nabi s.a.w. dirakam oleh Allah s.w.t. sebagai
tersurat dalam Surat Al-Hujurat (49) ayat 13. Ketika Nabi Muhammad
s.a.w. hijrah ke Ethiopia, beliau diterima secara terhormat oleh Raja
Abyssinia, Negus Al-Asham. Oleh kerana itu, setelah beliau kembali ke
Makkah, beliau mengutus Ja’far (saudara sepupu), membawa surat yang
isinya mengajak Raja Negus Al-Asham masuk Islam. Oleh kerana Raja Negus
masih ragu, maka 6 tahun kemudian beliau mengutus Amir ibn Umayya untuk
membawa surat serupa, dan akhirnya Raja Negus memeluk Islam secara
sukarela. Namun keluarga dan gereja tidak menerima keadaan ini, dan
setelah baginda wafat keadaan berbalik seperti semula (Kristian Ortodok)
11. Algeria : 32,330,000 orang
Islam pertama kali dibawa ke Algeria oleh dinasti Umayyah selepas
penaklukan Uqba ibn Nafi. Islam memainkan peranan politik besar di
Algeria dan tiga pandangan boleh dikenalpasti. Yang pertama adalah
pandangan Islam, di mana Islam dianggap sebagai semuanya - harus menjadi
sebahagian dari setiap aspek kehidupan, baik swasta maupun awam. Yang
kedua adalah pandangan sekular, di mana Islam dipandang sebagai pedoman
membolehkan penyelewengan tertentu dalam Islam. Yang ketiga adalah
pandangan tradisional, persepsi masyarakat tua dan luar bandar.
12. Maghribi : 32,280,000 orang
Islam pertama kali dibawa ke Maghribi pada tahun 680 oleh penaklukan
Arab di bawah Uqba ibn Nafi, yang merupakan seorang Jeneral Bani Umayyah
di Damsyik. Maghribi pada abad ke-7 merupakan sebuah wilayah Barbar
yang dipengaruhi Arab. Bangsa Arab yang datang ke Maghribi membawa adat,
kebudayaan dan ajaran Islam. Sejak itu, bangsa Barbar pun ramai yang
memeluk ajaran Islam. Pada 788, Idrisids memerintah Maghribi, menjadi
dinasti Barbar pertama yang melakukannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan